1. http://www.bing.com/images/search?q=LGBT+DI+MALAYSIA&FORM=HDRSC2#x0y0
2. https://www.google.com.my/search?hl=ms&client=firefox-beta&hs=OYE&rls=org.mozilla%3Aen-US%3Aofficial&biw=1366&bih=639&q=LANGKAH+ATASI+LGBT+di+Malaysia&oq=LANGKAH+ATASI+LGBT+di+Malaysia&gs_l=serp.12...517785.523190.0.525217.18.17.0.0.0.0.1077.3005.5j11j7-1.17.0...0.0...1c.1.5.serp.4PpvQWBq5yg
angan malu bincang isu LGBT - Puad
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, masyarakat harus memandang serius gejala berkenaan kerana LGBT bukan lagi isu yang berlaku di sekolah semata-mata sebaliknya melibatkan semua pihak.
"Kita perlu tahu bahawa masalah LGBT ini boleh ditangani dan seminar keibubapaan merupakan satu cara yang sesuai bukan untuk mendiskriminasi sebaliknya mendidik kumpulan yang terlibat dengan gejala ini supaya kembali ke pangkal jalan.
"Walaupun sesetengah negara mengiktiraf perhubungan dan perkahwinan sejenis, namun di Malaysia kita tidak boleh menerimanya kerana ia bukan sahaja ditentang agama, malah perlakuan itu juga terbukti membawa pelbagai keburukan kepada masyarakat," katanya.
Beliau berucap di Seminar Keibubapaan Menangani Isu LGBT anjuran Yayasan Guru Malaysia Berhad yang dihadiri kira-kira 1,000 orang peserta di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang di sini hari ini. - UTUSAN
Memahami sejarah di sebalik hak asasi LGBT
Saya baru-baru ini terbaca artikel "Islam dan Homoseksualiti" oleh Afiq M Noor, yang antara lain diterbitkan oleh Malaysiakini.Saya tidak ada masalah untuk bersetuju dengan beberapa hujah penulis dalam artikel ini. Cuma beliau, seperti juga segolongan penulis yang berkomen tentang isu ini, telah membuat rumusan seolah-olah umat Islam adalah "tidak toleran" dengan golongan homoseksual.
Ini mungkin disebabkan penulis tidak memanjangkan kajian tentang pergerakan menuntut hak homoseksual ini dan sejarah makro di sebaliknya.
Sebenarnya, umat Islam sejak dulu lagi tidak pernah ada masalah dengan homoseksual, iaitu kini dinamakan oleh media yang kononnya politically correct dengan pelbagai nama, contohnya 'LGBT'. Perkataan "gay" dan "queer" pula adalah ciptaan baru, sedangkan mereka ini dahulu dikenali sebagai 'sodomites' dan 'homosexuals'.
Pergerakan menuntut hak untuk golongan ini sebenarnya adalah bertitik tolak dari rasa bersalah tamadun barat moden terhadap tindakan yang dilakukan oleh golongan agamawan Kristian pada masa lampau, iaitu sebelum era Revolusi Perancis.
Perlu diingat bahawa Revolusi Perancis merupakan satu "time mark" kepada perubahan yang berlaku terhadap 'worldview' dan tata kehidupan Barat. Agama dalam erti kata ia sebagai perundangan moral telah tidak lagi dinamakan sebagai asas peradaban mereka (meskipun adalah benar ia masih dieksploitkan oleh golongan yang kononnya 'sekular).
Revolusi Perancis
Dalam obsesi untuk mengeluarkan agama dari kehidupan, tindakan merungkai kesalahan-kesalahan agamawan masa silam telah dijadikan perjuangan utama mereka untuk menjustifikasikan Revolusi Perancis.
Sebenarnya, rasa benci terhadap agama dalam Revolusi Perancis adalah kerana agama Kristian dicampur adukkan dengan raja-raja mereka, dan kebencian terhadap kezaliman raja yang selaku ketua agama telah bertukar menjadi kebencian terhadap agama itu sendiri (senario di Malaysia tidak banyak beza, dan golongan ulama perlu ambil perhatian!)
Berbalik kepada isu LGBT, pergerakan menuntut hak asasi untuk golongan ini adalah sebenarnya suatu 'non-issue' di dunia Islam, kerana golongan ini bukan sahaja tidak dilihat terang-terangan di jalan raya, sehinggalah pergerakan ini timbul. Kini ada usaha menamakan mereka ini sebagai sebuah "komuniti", seperti mana dilakukan pergerakan menuntut hak oleh sekutu-sekutu mereka di Barat.
Di Barat, menyokong pergerakan menuntut hak homoseksual ini seolah-olah menjadi satu syarat untuk seseorang itu diiktiraf sebagai pejuang hak asasi. Lebih menarik, pejuang-pejuang utama di sebaliknya bukanlah dari kalangan homosexual sendiri. Seperti juga mereka yang selalunya mengutuk mereka yang mengkritik anti-Israel mahupun Yahudi, sebenarnya kebanyakannya bukan dari golongan Yahudi sendiri. Mengapa ini berlaku?
Seperti yang disebut tadi, ini bertitik tolak dari rasa bersalah tamadun Barat terhadap perbuatan masa lampau mereka yang memerangi golongan gay ini dan menindas mereka, malah membunuh mereka. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku dalam Islam, dan kalaupun ada, bukan didalangi ulama.
Di zaman kegemilangan Islam sekalipun, tidak pernah ada pergerakan yang khusus dan sistematik untuk melawan gay dan homoseksual, walaupun dunia Islam bukan terkecuali daripada masalah liwat dan gay. Malah, kalau dilihat di balik tabir, memang ramai yang mengamalkan kehidupan homosexual di dunia Islam khasnya di dunia Arab.
Di sinilah Syariah memainkan peranan, dengan tidak menjadikan golongan ini sebagai 'mainstream', dan hanya mengambil tindakan sekiranya golongan ini melakukan perbuatan mereka secara terbuka.
Dosa pasangan sejenis
Begitu juga, tamadun Islam telah lama bertoleransi dengan golongan ini dengan ertikata mereka tidak ditindas dan hak asasi mereka sebagai manusia tidak dipersoalkan, seperti juga Islam tidak pernah mempersoalkan hak asasi golongan yang menyembah berhala, biarpun itu adalah salah satu dosa besar dalam Islam yang dikategorikan sebagai syirik, lebih serius dari dosa pasangan sejenis.
Tetapi ini bukan kesnya di Barat, yang sering ada kumpulan-kumpulan vigilante yang melakukan keganasan terhadap golongan yang dibenci mereka. Kumpulan-kumpulan ini pula didalangi oleh golongan fundamentalis dan agamawan. (Dahulu serangan mereka adalah ke atas homoseksual dan Yahudi, kini umat Islam telah menggantikan tempatnya, lebih-lebih lagi selepas era kebangkitan moden Islam yang bermula dengan Revolusi Islam Iran dan selepas peristiwa 911).
Kini, sebagai menutup kepincangan dan perbuatan mereka yang dulu, kita lihat satu gerakan yang sistematik dan kuat di Barat untuk mengakui kezaliman yang dilakukan terhadap golongan homosexual, dan mulalah digubal perundangan yang menamakan gay sebagai "komuniti", malah memberikan mereka hak berkahwin.
Bukan itu sahaja, sifat homoseksuual dan potensi pemasarannya juga telah dihidu oleh Hollywood dan menular di dalam agenda seksualiti karya dan produk mereka, dengan mengkomersilkan aksi-aksi homoseksual seperti lesbian. Ini kerana ada pasaran untuk golongan ini. Pasaran ini adalah sebuah pasaran baru yang dicipta oleh pergerakan hak asasi 'LGBT' dan pengiktirafan perundangan yang diberikan kepada mereka.
Begitu juga dengan sikap Barat dalam isu Palestin. Ini bertitik tolak dari sikap anti-Semitik di Barat sendiri, yang memuncak di zaman Hitler yang mahu membunuh beramai-ramai rakyat keturunan Yahudi. Apa yang terjadi ialah Barat, sekarang, sendiri menghukum diri mereka terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas komuniti Yahudi di Eropah dulu, dengan menyokong malah memaksa pembentukan negara Israel untuk Yahudi.
Bukan itu sahaja, dalam usaha melupakan kezaliman mereka sendiri ke atas kaum minoriti Yahudi di Eropah dulu, beberapa negara telah menggubal undang-undang khusus melarang sebarang bentuk kritikan terhadap Yahudi dan Israel dan menjadikan satu kesalahan untuk mempersoalkan Holocaust, seperti di Perancis, iaitu salah sebuah negara utama Yahudi dizalimi pada awal dan pertengahan abad ke-20.
Ijtihad dan maqasid
Di Amerika Syarikat pula, tidak perlu lagi dihuraikan apa yang berlaku, di mana lobi Zionis yang selalunya menyamar sebagai pertubuhan agama Yahudi, mempunyai kuasa menentukan hala tuju politik dan ekonomi negara kuasa besar itu.
Rumusan saya ialah pergerakan hak asasi LGBT di Barat seperti juga sokongan mereka yang tak terbelah bahagi kepada Yahudi (dan kini Zionisme) adalah bertitik tolak dari "collective psyche" dan "colective feeling of guilt" (rasa bersalah) terhadap apa yang mereka sendiri pernah lakukan terhadap golongan ini.
Ini adalah satu lampiran sejarah yang perlu diberi perhatian bilamana kita mahu berhujah tentang pergerakan LGBT.
Sebagai seorang Muslim, saya rasa kita umat Islam tidak perlu mengulangi sesuatu yang sudah obvious: contohnya, dengan mengatakan bahawa Islam melarang amalan homoseksual. Itu sesuatu yang terlalu nyata malah telah pun ditetapkan Al-Qur'an.
Oleh itu, cara menangani debat yang diwujudkan ini adalah dengan memperdepankan soalan ini: Di manakah sejarah kezaliman tamadun Islam terhadap golongan Yahudi dan homosexual yang memerlukan sebuah pergerakan untuk menjunjung hak asasi mereka? Bukankan golongan homosexual kini dalam keadaan lebih bahaya dengan adanya pergerakan hak asasi untuk LGBT?
Selama ini, mereka menjalankan kehidupan dengan senyap tanpa menuntut apa-apa, sehinggalah wujud golongan bukan-homoseksual yang cuba memobilasi mereka dan mengenengahkan mereka ke dalam masyarakat.
Sebagai Muslim, perlu ada ijtihad dan maqasid diguna pakai dalam menangangi gelombang LGBT, yang bukannya besar, tetapi diperbesarkan oleh media. Seperti juga isu murtad (di mana ada yang mendakwa beratus ribu telah murtad sedangkan ini bukan kesnya), lebih elok sekiranya kita kenal saiz dan kekuatan musuh kita sebelum kita membuat perancangan bagaimana memerangi mereka.
Penyakit rosakkan bangsa
ALAF ini Malaysia dikejutkan dengan gerakan
lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang lantang menuntut
pengiktirafan atas nama hak asasi selepas mendapat inspirasi daripada
pemimpin tertentu.
Malah tanpa segan silu, gerakan ini yang disokong pelbagai pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya rata-rata orang Melayu, cuba
menganjurkan Seksualiti Merdeka dan kini menuntut hak tersebut di
mahkamah.
Melihat kebangkitan LGBT bukan sahaja mengancam asas kekeluargaan malah mengundang kemurkaan Allah, wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan NIZAM YATIM menemubual Kaunselor Berdaftar, HUSHIM SALLEH, dari firma Hushim Motivational & Counselling Consultancy (HMCC) yang telah mengendali lebih 1, 000 golongan songsang.
Menurut HUSHIM, kerajaan perlu menangani isu LGBT dengan cepat dan tegas kerana penyakit sosial tersebut telah merebak menjadi barah dalam masyarakat memandangkan pengamalnya terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli politik.
Katanya, individu yang terlibat dan mengamalkan budaya songsang ini adalah manusia yang sakit jiwa selain mempunyai perwatakan pelbagai personaliti (split identity) yang sentiasa berubah-ubah serta berpegang kepada prinsip liberalisme.
MINGGUAN: Kenapa memilih golongan yang mengamal gaya hidup songsang sebagai subjek kajian dan kepakaran kaunseling saudara?Melihat kebangkitan LGBT bukan sahaja mengancam asas kekeluargaan malah mengundang kemurkaan Allah, wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan NIZAM YATIM menemubual Kaunselor Berdaftar, HUSHIM SALLEH, dari firma Hushim Motivational & Counselling Consultancy (HMCC) yang telah mengendali lebih 1, 000 golongan songsang.
Menurut HUSHIM, kerajaan perlu menangani isu LGBT dengan cepat dan tegas kerana penyakit sosial tersebut telah merebak menjadi barah dalam masyarakat memandangkan pengamalnya terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli politik.
Katanya, individu yang terlibat dan mengamalkan budaya songsang ini adalah manusia yang sakit jiwa selain mempunyai perwatakan pelbagai personaliti (split identity) yang sentiasa berubah-ubah serta berpegang kepada prinsip liberalisme.
HUSHIM: Sebagai kaunselor saya terfikir apa nak jadi dengan bangsa dan kaum Melayu ini. Saya tengok makin hari makin bertambah. Malah sebelum gerakan LGBT nak dilancarkan saya sudah diberitahu oleh lelaki-lelaki gay dan biseksual, bahawa mereka akan menubuhkan persatuan bagi mendesak kerajaan.
Mereka nak kerajaan iktiraf kehidupan songsang, maknanya perkahwinan sejenis dibolehkan. Sebab itu apabila LGBT dilancarkan pada tahun lepas saya tidak hairan kerana sebagai kaunselor saya dah tahu lebih awal. Tapi mungkin kerana saya ini cuma orang biasa, maklumat itu hanya berada dalam ruang lingkup saya.
Sebagai seorang kaunselor, bapa dan individu muslim saya bertanggungjawab untuk bercakap kerana penyakit ini telah mula merosakkan bangsa kita. Amalan songsang ini dilaknat Allah dan penyebab paling cepat untuk kita diturunkan bala. Mungkin sesetengah pihak menganggap perkara ini sengaja digembar-gemburkan tetapi saya bercakap demi bangsa dan agama tanpa sebarang kepentingan peribadi.
Gaya hidup LGBT selalu dikaitkan dengan sekolah berasrama sebagai titik permulaan kepada kehidupan songsang mereka, adakah dakwaan itu benar?
HUSHIM: Berdasarkan kes yang saya kendalikan memang benar sekolah berasrama merupakan permulaan kepada penularan budaya songsang tetapi sekolah pondok dan agama juga tidak terkecuali. Mungkin ramai yang marah dengan kenyataan saya tetapi melihat kepada masalah LGBT pada hari ini, kita perlu jujur.
Kalau ibu bapa hari ini merasakan mempunyai anak lelaki lebih selamat berbanding anak perempuan, ia meleset sama sekali. Kebarangkalian anak-anak lelaki hari ini terjebak ke dalam kancah gaya hidup songsang sangat tinggi jika kita tidak peka dengan perubahan sikap anak-anak.
Perlukah dihapuskan sekolah berasrama satu jantina?
HUSHIM: Tidak perlu hapuskan, cuma kita perlu perbanyakkan program berbentuk kesedaran kepada pelajar tentang bahaya LGBT. Sebab di Malaysia, hendak bercakap benda macam ini, kita biasanya malu. Ibu bapa malu nak cakap perkara ini dengan anak, cikgu dalam kelas pun malu nak bercakap.
Satu lagi minta maaflah, kita ini terlalu banyak sangat letak bawah karpet. Kalau sekolah itu berlaku kes melibatkan isu LGBT, pengetua cuba tutup. Cakap tiada apa yang berlaku, sekolah ini okey, tetapi di luar sana orang sudah bercakap, meleleh bernanah sudah orang bercakap.
Apa punca yang menyebabkan LGBT ini menular dan apakah golongan ini boleh dilabel sebagai orang berpenyakit?
HUSHIM: Minta maaf cakap kerana dari pengalaman saya mengendalikan kes, orang agama sendiri terlibat sebagai gay. Mereka ini golongan split identity, maknanya sebelah pagi dia boleh jadi imam kemudian tengah hari meliwat orang. Pengetahuan agama tidak cukup jika tiada iman, sebaliknya kelebihan ilmu agama itu diguna untuk mengaburi mata orang ramai.
Amalan dilaknat ini berlaku kerana tabiat. Mereka yang terjebak seronok dengan kenikmatan luar tabie berbanding hubungan seks dengan isteri. Sebab itu Allah melarang dalam al-Quran kerana apabila seseorang sudah terjebak, gay dan biseksual ini umpama ketagih dadah. Mereka menjadi ketagih walaupun sudah beristeri.
Dari segi ilmu kaunseling memang benar orang yang terlibat dengan budaya LGBT adalah orang sakit. Mereka sebenarnya sakit jiwa walaupun dikurnia mental yang bijak. Kalau jati diri kita tetap, tarikan pada jantina berbeza tetapi orang macam ini tidak. Gay ini pula terbahagi kepada tiga golongan iaitu homoseksual, heteroseksual dan biseksual.
Homoseksual dia memberi dan menerima. kebanyakan terdiri daripada lelaki-lelaki macho. Heteroseksual pula hanya memberi sahaja manakala biseksual paling bahaya kerana mereka tidak pernah puas dan boleh berada dimana-mana sahaja dalam masyarakat. Gay adalah manusia yang paling susah dikesan kerana mereka berperwatakan seperti sesumpah.
Mereka boleh jadi sesiapa sahaja sama ada ahli politik, golongan profesional atau pelajar dan fahaman kumpulan ini adalah hak asasi serta liberalisme. Sebab itu, jika kerajaan akur kepada tuntutan kumpulan LGBT, negara kita akan hancur dan tidak mustahil suatu hari nanti Perdana Menteri kita mungkin seorang gay.
Apakah penyakit jiwa ini boleh diubati?
HUSHIM: Penyakit ini boleh dipulihkan, tetapi gay ini dia soal jiwa dan ketagih. Kita kena pulihkan melalui pendekatan agama dan terapi kaunseling tetapi dalam tempoh yang agak lama.
Sejauh mana seriusnya ancaman LGBT terutama dalam konteks sosial dan akidah di Malaysia pada hari ini?
HUSHIM: Saya berpengalaman mengendalikan kaunseling kepada golongan ini sejak 20 tahun lalu. Lima tahun kebelakangan ini saya dapati gay dan biseksual meningkat begitu mendadak dan berdasarkan pengakuan golongan ini, mereka mendakwa daripada 10 lelaki di bandar, tiga adalah gay manakala di luar bandar dua adalah gay. Ini tidak termasuk pondan dan lesbian. Sebab itu, saya harap semua pihak jangan pandang remeh benda ini. Saya sanggup berdebat demi mempertahankan fakta ini.
Kelompok LGBT kini menular di institusi pengajian tinggi dan malangnya, rata-rata yang terlibat adalah Melayu. Mereka bergerak menggunakan laman sosial untuk mengumpul kekuatan sehinggalah lahir apa yang kita panggil hari ini sebagai LGBT. Mereka inilah yang akan jadi pemimpin masa depan.
Soalnya apa akan jadi jika golongan muda yang dianggap sebagai pemimpin masa depan ini kelak adalah gay? Bukankah pada masa itu segala tuntutan LGBT ini akan diiktiraf kerana pemimpin negara kita pada masa itu juga pengamal dan penyokong kepada budaya laknat ini.
Inilah yang saya panggil sebagai barah dalam masyarakat sebagaimana disebut dalam al-Quran surah as-Syuraa ayat 165-166, malah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda: Sesungguhnya perkara yang paling Aku takutkan atas umatku adalah perbuatan kaum Luth (homoseksual),.
Berdasarkan trend semasa, saya tidak menolak kemungkinan dalam masa beberapa tahun lagi jika kerajaan tidak tegas dalam menangani isu LGBT akan lahir ahli politik atau ahli Parlimen dari kalangan gay. Hari ini pun kita sudah dihidangkan dengan bukti-bukti yang mewajarkan kebimbangan itu kerana terdapat ahli politik menyokong LGBT.
Apakah faktor sokongan politik dan kemunculan ahli politik yang dianggap sebagai ikon oleh golongan LGBT telah menyemarakkan barah ini?
HUSHIM: Dahulu isu LGBT ini tidak terlalu menonjol kerana beberapa sebab antaranya, kemudahan teknologi maklumat terbatas tetapi kini semua akses itu di hujung jari. Berbanding dahulu, masyarakat Malaysia kini berfikiran liberal. Berapa ramai orang Melayu yang sokong LGBT? Siapa yang fail petisyen di mahkamah?
Kalau melihat kepada perkembangan semasa, terdapat individu berpengaruh yang menjadi ikon kepada kumpulan LGBT sehingga menyemarak gerakan songsang ini. Sebab itu pemimpin politik kena bersih daripada isu-isu moral dan setiap pemimpin tidak boleh mengamal budaya sebegini.
LGBT juga dilihat sebagai ancaman kepada asas kekeluargaan, apakah peningkatan kes perceraian di Malaysia turut disumbang oleh budaya songsang ini?
HUSHIM: Saya sangat optimis yang peningkatan kes perceraian turut disumbang masalah ini. Umpama dalam kes terbaru yang saya kendalikan, seorang isteri yang masih muda mendakwa dirinya sentiasa diliwat dan hasil siasatan mendapati suaminya seorang biseksual. Mereka kini dalam proses perceraian. Sebelum ini pun banyak kes serupa saya kendalikan.
Apa yang perlu dilakukan kerajaan bagi mengekang LGBT?
HUSHIM: Kerajaan kena letakkan masalah ini sebagai satu keutamaan kerana selain memporak-peranda sistem kekeluargaan, agama Islam juga terancam. Saya tengok hari ini, yang memperjuangkan LGBT ramai orang Melayu.
Bagi saya kerajaan kena buat satu modul bagi menghalang LGBT habis-habisan di peringkat awal sejak sekolah rendah lagi. Selain itu, yang paling bahaya peringkat sekolah menengah sebab mereka ini akan pergi ke universiti. Di universiti sudah ramai. Saya cakap terus-terang, di universiti sudah ramai puak-puak ini.
Tapi di Malaysia, kita bertindak kadang-kadang mengikut musim. Kita tak serius dan tidak tegas. Kita terlalu banyak retorik dan berpolitik dalam soal ini, tidak kira apa fahaman politik kita. Sedangkan Ini soal masa depan anak-anak kita.
Adakah perlu pendekatan seperti pusat pemulihan penagih dadah?
HUSHIM: Boleh diguna pakai kaedah macam ini dan saya fikir bagus kalau ada institusi khusus macam kita buat pemulihan dadah tetapi sekarang tak ada. Kita hanya ada pusat ibu mengandung anak luar nikah yang dibuat oleh NGO. Saya menyokong penubuhan pusat seperti ini dan kerajaan mesti buat. Kalau kita tidak tangani, Allah akan turun bala yang amat dahsyat. Tunggulah kerana ini ada dalam al-Quran.
Komen terhadap pihak yang mempertikai undang-undang menyekat LGBT?
HUSHIM: Kalau kita mengucap dua kalimah syahadat, kita orang Islam dan kita membaca al-Quran kita tidak akan bercakap macam itu. Sebab bila kita bercakap macam itu, seolah-olah kita menyokong. Sedangkan kita tahu LGBT ini menyalahi hukum Islam yang dijelas dengan terang dalam al-Quran.
Saya tetap tidak bersetuju dengan pandangan menyatakan kita kena beri peluang kepada puak-puak ini. Al-Quran sudah nyatakan terang-terang, ini bukan buku yang ditulis oleh Stephen R. Covey atau Edward de Bono. Tak takutkah kita kepada hukum Allah? Kalau pun nak bercakap, rujuk dulu al-Quran.
Ingatlah ini dosa besar. Kita perlu hayati hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Empat golongan yang berada dalam kemurkaan Allah pada pagi dan petang iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan; perempuan yang menyerupai lelaki; penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat.
LGBT bunuh keturunan, musnah institusi keluarga
Amalan gaya hidup songsang cermin kejahilan masyarakat, pemikiran
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan isu rakyat Malaysia yang berkahwin dengan kaum sejenis di luar negara. Ariff Alfian Rosli ialah pelajar perubatan dari Malaysia yang ditaja PETRONAS berkahwin dengan pasangannya selepas dikatakan empat tahun menghilang tanpa khabar berita sejak 2009.
Isu homoseksual di tanah air bukan baru dalam masyarakat kita
kerana saban hari pasti kita mendengar tidak kira sama ada dalam media
baru mahupun media tradisional.
Tanpa kita sedari, isu homoseksual kian menghakis dan menggugat keharmonian hidup bermasyarakat pada hari ini. Komuniti gay, lesbian biseksual dan transeksual (LGBT) menarik kebanyakan mahasiswa untuk menyertai komuniti mereka melalui rangkaian laman web sosial baru seperti facebook.
LGBT wujud dalam komuniti dunia sejak 1990. Istilah LGBT umumnya diadaptasi daripada singkatan ‘LGB’ menggantikan frasa gay yang sering digunakan untuk merujuk kepada homoseksual lewat pertengahan 1980-an. Kononnya, frasa gay tidak merujuk kepada semua homoseksual seperti lesbian, biseksual, dan transeksual.
Namun, di Malaysia komuniti LGBT tidak diterima dalam kalangan masyarakat
kita kerana semestinya ia melanggar etika sosial. Tambahan pula kita masih lagi mengguna pakai hukuman kepada mereka yang melakukan liwat.
Undang-undang negara memperuntukkan jika terdapat kes seperti ini dan didapati bersalah, pesalah akan menghadapi hukuman seperti denda, penjara sehingga 20 tahun dan sebat. Di samping itu, sekiranya mereka yang beragama Islam melakukan perkara songsang itu, mereka boleh didakwa di mahkamah Islam.
Kewujudan media baru menyebabkan golongan LGBT mudah mengamalkan budaya songsang kerana bilangan pengikut mereka kian bertambah.
Saban tahun, kerajaan mencari pelbagai inisiatif membendung masalah ini. Pada 1994, kerajaan melarang sesiapa yang melakukan homoseksual, biseksual dan transeksual untuk muncul di dalam media bagi mengekang pengaruh golongan ini mencari mangsa dan mengekang penularan aktiviti tidak sihat ini.
Pada 2001, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Malaysia akan mengusir menteri Kabinet atau diplomat asing yang mengamalkan homoseksual. Mahathir juga memberi amaran kepada menteri gay di negara asing untuk tidak membawa pasangan mereka ketika melawat negara ini.
Melihat kepada usaha kerajaan, dapatlah dinyatakan bahawa LGBT tidak diterima di negara ini. Malangnya, masih terdapat mereka khasnya Melayu, beragama Islam tetapi mempraktikkan amalan liberal ini. Justeru, di manakah nilai seorang Muslim?
Allah SWT menciptakan lelaki dan perempuan, yang cantik serta kacak agar berkahwin dan memenuhi naluri seks. Ini adalah cara paling sesuai untuk meneruskan generasi suci. Justeru, kegiatan tidak sihat seperti LGBT adalah perkara tidak rasional dilakukan. Walaupun ada pengamal LGBT mengakui mereka ditakdirkan hidup sedemikian, adalah alasan tidak boleh diterima akal.
Al-Quran telah menceritakan bagaimana kaum Nabi Luth yang mengamalkannya dimusnahkan oleh Allah kerana kedegilan mereka.
Seperti firman Allah dalam Surah Hud, ayat 82, bermaksud: “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu (terbalik, tertangkup sehingga) yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi”.
Ayat itu membuktikan betapa murkanya Allah kepada golongan yang mengamalkan budaya ini, sedangkan di dunia, Allah tidak pernah meredainya, apatah lagi nasib golongan ini pada kemudian hari.
Islam menerusi institusi kekeluargaan menggariskan beberapa panduan untuk diikuti. Kegiatan homoseksual bukan saja merosakkan institusi kekeluargaan, membunuh keturunan malah mencerminkan kemunduran pemikiran masyarakat yang skeptikal. Selain itu, ia dapat menghakis jati diri seseorang Muslim kerana amalan sedemikian bukan saja dapat menyebarkan beberapa penyakit kelamin berbahaya, malah memberi persepsi negatif dan tidak elok oleh masyarakat luar.
Peranan media baru yang rancak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan seperti facebook, twitter, dan blog memainkan peranan yang cukup aktif dalam merencanakan aktiviti golongan ini kerana mereka sering menjadikan media baru sebagai medium utama menyebarkan dakyah mereka.
Ibu bapa seharusnya lebih peka mengikuti perkembangan anak dengan mengawal selia pergerakan dan aktiviti mereka kerana sekiranya isu LGBT ini tidak dibendung dengan segera bakal merancakkan lagi aktiviti yang tidak bermoral ini.
Tidak ada agama yang membenarkan LGBT, tidak dalam Islam, Kristian, Buddha, mahupun Hindu. Sebenarnya golongan ini perlu didekati, dengan cara kita mendengar dan menyelami masalah dan kisah mereka.
Penulis ialah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Antarapersonal, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
ttps://www.google.com.my/search?hl=ms&client=firefox-beta&rls=org.mozilla:en-US:official&biw=1366&bih=639&tbm=isch&oq=+LGBT+di+Malaysia&gs_l=img.12..0i19.13226.14175.0.16214.13.6.0.0.0.3.149.572.3j3.6.0...0.0...1c.1.5.img.Y53HxNPhu-I&q=LGBT di Malaysia
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan isu rakyat Malaysia yang berkahwin dengan kaum sejenis di luar negara. Ariff Alfian Rosli ialah pelajar perubatan dari Malaysia yang ditaja PETRONAS berkahwin dengan pasangannya selepas dikatakan empat tahun menghilang tanpa khabar berita sejak 2009.
"Al-Quran telah menceritakan bagaimana kaum Nabi Luth yang mengamalkannya dimusnahkan oleh Allah kerana kedegilan mereka”
Tanpa kita sedari, isu homoseksual kian menghakis dan menggugat keharmonian hidup bermasyarakat pada hari ini. Komuniti gay, lesbian biseksual dan transeksual (LGBT) menarik kebanyakan mahasiswa untuk menyertai komuniti mereka melalui rangkaian laman web sosial baru seperti facebook.
LGBT wujud dalam komuniti dunia sejak 1990. Istilah LGBT umumnya diadaptasi daripada singkatan ‘LGB’ menggantikan frasa gay yang sering digunakan untuk merujuk kepada homoseksual lewat pertengahan 1980-an. Kononnya, frasa gay tidak merujuk kepada semua homoseksual seperti lesbian, biseksual, dan transeksual.
Namun, di Malaysia komuniti LGBT tidak diterima dalam kalangan masyarakat
kita kerana semestinya ia melanggar etika sosial. Tambahan pula kita masih lagi mengguna pakai hukuman kepada mereka yang melakukan liwat.
Undang-undang negara memperuntukkan jika terdapat kes seperti ini dan didapati bersalah, pesalah akan menghadapi hukuman seperti denda, penjara sehingga 20 tahun dan sebat. Di samping itu, sekiranya mereka yang beragama Islam melakukan perkara songsang itu, mereka boleh didakwa di mahkamah Islam.
Kewujudan media baru menyebabkan golongan LGBT mudah mengamalkan budaya songsang kerana bilangan pengikut mereka kian bertambah.
Saban tahun, kerajaan mencari pelbagai inisiatif membendung masalah ini. Pada 1994, kerajaan melarang sesiapa yang melakukan homoseksual, biseksual dan transeksual untuk muncul di dalam media bagi mengekang pengaruh golongan ini mencari mangsa dan mengekang penularan aktiviti tidak sihat ini.
Pada 2001, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Malaysia akan mengusir menteri Kabinet atau diplomat asing yang mengamalkan homoseksual. Mahathir juga memberi amaran kepada menteri gay di negara asing untuk tidak membawa pasangan mereka ketika melawat negara ini.
Melihat kepada usaha kerajaan, dapatlah dinyatakan bahawa LGBT tidak diterima di negara ini. Malangnya, masih terdapat mereka khasnya Melayu, beragama Islam tetapi mempraktikkan amalan liberal ini. Justeru, di manakah nilai seorang Muslim?
Allah SWT menciptakan lelaki dan perempuan, yang cantik serta kacak agar berkahwin dan memenuhi naluri seks. Ini adalah cara paling sesuai untuk meneruskan generasi suci. Justeru, kegiatan tidak sihat seperti LGBT adalah perkara tidak rasional dilakukan. Walaupun ada pengamal LGBT mengakui mereka ditakdirkan hidup sedemikian, adalah alasan tidak boleh diterima akal.
Al-Quran telah menceritakan bagaimana kaum Nabi Luth yang mengamalkannya dimusnahkan oleh Allah kerana kedegilan mereka.
Seperti firman Allah dalam Surah Hud, ayat 82, bermaksud: “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu (terbalik, tertangkup sehingga) yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi”.
Ayat itu membuktikan betapa murkanya Allah kepada golongan yang mengamalkan budaya ini, sedangkan di dunia, Allah tidak pernah meredainya, apatah lagi nasib golongan ini pada kemudian hari.
Islam menerusi institusi kekeluargaan menggariskan beberapa panduan untuk diikuti. Kegiatan homoseksual bukan saja merosakkan institusi kekeluargaan, membunuh keturunan malah mencerminkan kemunduran pemikiran masyarakat yang skeptikal. Selain itu, ia dapat menghakis jati diri seseorang Muslim kerana amalan sedemikian bukan saja dapat menyebarkan beberapa penyakit kelamin berbahaya, malah memberi persepsi negatif dan tidak elok oleh masyarakat luar.
Peranan media baru yang rancak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan seperti facebook, twitter, dan blog memainkan peranan yang cukup aktif dalam merencanakan aktiviti golongan ini kerana mereka sering menjadikan media baru sebagai medium utama menyebarkan dakyah mereka.
Ibu bapa seharusnya lebih peka mengikuti perkembangan anak dengan mengawal selia pergerakan dan aktiviti mereka kerana sekiranya isu LGBT ini tidak dibendung dengan segera bakal merancakkan lagi aktiviti yang tidak bermoral ini.
Tidak ada agama yang membenarkan LGBT, tidak dalam Islam, Kristian, Buddha, mahupun Hindu. Sebenarnya golongan ini perlu didekati, dengan cara kita mendengar dan menyelami masalah dan kisah mereka.
Penulis ialah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Antarapersonal, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
I'm Sonja McDonell, 23, Swiss Airlines Stewardess with current 13 oversea towns, very tender with lots of fantasies during emergency cases on board in my wonderful job. Lesbian girls & women are seldom in Indonesia. I think, it's the conservatism & ther're some discret & hidden relations. Am I right?
ReplyDeleteSonjamcdonell@yahoo.com