Tuesday, 2 July 2013

nanoteknologi

Nanoteknologi merupakan bidang yang sangat disiplin, bermula dari fizik gunaan, ilmu material, sains koloid dan antara muka, fizik alat, kimia supramolekul, mesin pengganda-diri dan robotika, teknik kimia, teknik mesin, kejuruteraan biologi, teknologi makanan dan tekno elektro. Nanoteknologi dideskripsikan sebagai ilmu mengenai sistem serta peralatan berproporsi nanometer. Satu nanometer sama dengan seperjuta milimeter. Kerana ukurannya yang teramat kecil, trend dalam nanoteknologi condong ke pembangunan sistem dari bawah ke atas (bukan atas ke bawah). Maksudnya para saintis dan jurutera tidak menggunakan bahan bersaiz besar lalu memotongnya kecil-kecil, tapi menggunakan atom dan molekul sebagai bahan blok pembuatan yang fundamental.nano teknologi ini, sudah di aplikasikan dalam bidang teknologi pertanian misalnya dalam Nano-pengubahsuaian benih dan baja / racun perosak, teknik pembungkusan makanan, energy mesra alam dan teknik rangkaian, Nanoteknologi boleh membantu untuk mengeluarkan semula atau untuk memperbaiki kerosakan rangkaian "Tissue engineering" yang menggunakan proliferasi sel secara artifisial distimulasi dengan menggunakan nanomaterial berasaskan perancah yang sesuai dan faktor pertumbuhan. Teknik rangkaian akan menggantikan perubatan konvensional saat ini seperti pemindahan organ atau diimplan buatan.Dengan adanya nano teknologi dalam pertanian akan dapatm eningkatkan produktiviti pertanian, kualiti produk, penerimaan pengguna dan kecekapan penggunaan sumber. Akibatnya, ini akan membantu mengurangkan kos pertanian, meningkatkan nilai pengeluaran dan meningkatkan pendapatan pertanian. Ini juga akan menyebabkan pemuliharaan dan meningkatkan kualiti sumber alam dalam sistem pengeluaran pertanian.Selain itu nano teknologi juga terdapat di dalam pelbagai bidang seperti kimia dan persekitaran, perubatan (nanoteknologi bioperubatan, nanobiotechnology, dan nanomedicine, Maklumat dan komunikasi (nanoRam), pembinaan, tekstil, optic dll.Kecanggihan teknologi ini bukan bererti meniadakan kesan negatif. Salah satu hal yang ditakuti para ilmuan adalah kemampuan 'self replicant' , sebagai contoh dibuat produk untuk membasmi virus pada tubuh manusia contohnya kanser namun bila antivirus ini tidak terkawal untuk sifat self replicant maka boleh membahayakan tubuh manusia yang memakainya. Serta hal negative lain yang mungkin berlaku, contohnya pembuatan bom yang direka sedemikian rupa dengan saiz superkecil dengan kemampuan daya ledak yang besar. Diperlukan kesetimbangan intelektual dan moral dalam mengaplikasikan teknologi ini. sumber : http://www.forumsains.com/ilmu-dan-teknologi-nano / http://id.shvoong.com/exact-sciences/1810912-nanoteknologi/ oleh amirul haqim pada 21:03 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook TEKNOLOGI NANO DALAM PERUBATAN PENGGUNAAN DALAM MRI (MAGNETIC RESONANCE IMAGING) Nanoteknologi telah digunakan dalam pelbagai cabang bidang perubatan. pengimejan perubatan MRI merupakan salah satu teknologi yang menggunakan nanoteknologi. MRI merujuk kepada kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup seperti manusia melalui penggunaan partikel nano dan daya magnet yang kuat mengelilingi badan. Imej yang dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas berbanding dengan bahan kontras (pewarna). Selain itu, imej tersebut dapat diambil daripada pelbagai dimensi atau sudut. MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi. MRI membantu doktor melakukan kerja-kerja diagnostik penyakit dengan lebih mudah, cepat, jelas dan tepat. KAJIAN TENTANG PENAWAR KANSER TORPEDO. Selain MRI, School of Pharmacy di London, telah membuat kajian tentang teknologi nano yang boleh digunakan dalam merawat penyakit kanser yang tidak dapat disembuhkan melalui pembedahan kerana kanser tersebut berdekatan dengan organ dalaman yang penting. Melalui kaedah ini, gen-gen dalam tubuh pesakit kanser akan dibalut dengan partikel nano yang bersifat mikroskopik yang akan diambil oleh sel kanser tetapi bukan sel-sel lain yang sihat.Apabila gen-gen ini masuk ke dalam sel kanser, gen iniakan merangsangpengeluaran sejenis protein yang akan memusnahkan sel-sel kanser tersebut. Walaupun kaedah ini baru diuji ke atas tikus, namun dalam masa 2 tahun, ujian ke atas manusia akan dijalankan. Menurut ketua penyelidik kajian ini, Dr. Andreas Schatzlein, terapi gen ini mempunyai potensi besar untuk mencipta perubatan kanser yang selamat dan berkesan. Ini adalah kali pertama, partikel nano, menunjukkan ciri sebegini. Apabila dalam sel kanser, gen dalam partikel ini akan dapat mengenal pasti persekitaran yang dicemari kanser, lalu bertindak. Toksik terhasil tetapi hanya pada sel kanser, dan tidak pada tisu yang sihat. Kaedah ini diharap dapat digunakan kerana kebanyakan kimoterapi yang dijalankan banyak meninggalkan kesan sampingan antaranya, keguguran rambut, mual, kelesuan dan banyak lagi. Sumber: BBC NEWS oleh amirul haqim pada 12:48 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook 3 Jan 2012 SEJARAH BERMULANYA TEKNOLOGI NANO Nanoteknologi melangkaui lewat abad ke-19 apabila sains koloid mula-mula berakar umbi. Walaupun tidak dirujuk sebagai "nanoteknologi" ketika itu, teknik-teknik yang sama masih diterimaguna pada hari ini untuk mensintesiskan banyak daripada bahan-bahan pada saiz nanometer. Sebutan pertama bagi sesetengah konsep nanoteknologi (tetapi sebelum penggunaan nama itu) adalah dalam "Masih Terdapat Banyak Ruang di Bawah" ("There's Plenty of Room at the Bottom)", sebuah ceramah yang disampaikan oleh ahli fizik Richard Feynman kepada Persatuan Fizikal Amerika di Caltech pada 29 Disember 1959. Istilah "nanoteknologi" ditakrifkan buat pertama kali oleh Norio Taniguchi, Profesor Universiti Sains Tokyo, pada tahun 1974 dalam kertas kerjanya, "Mengenai Konsep Asas 'Nanoteknologi'," sebagai berikut: "'Nanoteknologi' terdiri terutamanya daripada pemprosesan bahan-bahan melalui pemisahan, penyatuan, dan pencacatan bentuk oleh sebiji atom atau sebiji molekul." Pada dekad 1980-an, idea asas untuk takrif ini diperiksa dengan teliti oleh Dr. Eric Drexler. Beliau mempromosikan keertian teknologi untuk fenomena-fenomena dan peranti-peranti skala nano melalui ucapan-ucapan dan buku-bukunya, "Enjin-enjin Penciptaan: Era Nanoteknologi Yang Akan Datang" (Engines of Creation: The Coming Era of Nanotechnology) dan "Sistem-sistem Nano: Jentera Molekul, Pengilangan dan Pengiraan" (Nanosystems: Molecular Machinery, Manufacturing, and Computation, ISBN 0-471-57518-6) dan disebabkan beliau, istilah itu memperoleh maksud kini. Nanoteknologi dan nanosains bermula pada awal 1980-an dengan dimajukan dua perkara: kelahiran sains kelompok dan penciptaan mikroskop penerowongan imbasan (scanning tunneling microscope - STM). Kemajuan ini mendorong kepada penemuan fuleren pada 1986 dan nanotiub karbon beberapa tahun kemudian. Mikroskop daya atom dan mikroskop terowong imbasan merupakan dua versi pertama pengesan yang memperkenalkan nanoteknologi. Teknologi kini menggunakan istilah 'nano' tidak terlalu berkaitan dan agak jauh dengan matlamat teknologi perubahan dan istimewa bagi cadangan pengilangan molekul, tetapi istilah tersebut sering membawa kepada idea tersebut. Maka, mungkin berbahaya yang "buih nano" akan terbentuk daripada penggunaan istilah tersebut oleh para saintis dan usahawan untuk mendapatkan keuntungan, tanpa menghiraukan (dan mungkin kurang) minat dalam kemungkinan perubahan kerja yang lebih kelihatan berwawasan tinggi dan jauh. Peralihan sokongan yang berasaskan janji cadangan seperti pengilangan molekul untuk projek yang lebih biasa juga mungkin akan menimbulkan pandangan sinis yang tidak wajar terhadap matlamat paling hebat tersebut: seorang pelabur yang tertarik oleh pengilangan molekul yang melabur dalam 'nano' hanya untuk mendapatkan yang sains bahan tipikal memperolehkan keputusan yang mungkin menyimpulkan yang semua idea tersebut hanyalah satu gembar-gembur, tidak mampu untuk menghargainya yang semua ini boleh dimungkinkan dengan kekaburan istilah itu. Dalam kata lain, sesetengah telah berbalah yang publisiti dan kecekapan dalam bidang yang berkaitan yang dijanakan oleh bantuan seperti projek 'nano ringan' adalah berharga, walaupun tidak langsung, dalam kemajuan kepada matlamat nanoteknologi. Nanoteknologi merupakan bidang kesimpulan yang didokumenkan dalam monograf nota kaki "Gembar-gembur Nano: Kebenaran di Sebalik Desas-desus Teknologi Nano" (Nano-Hype: The Truth Behind the Nanotechnology Buzz). Kajian yang telah diterbitkan tersebut (dengan kata-kata oleh Mihail Roco, ketua NNI) menyimpulkan yang apa yang dijual sebagai "nanoteknologi" merupakan sebuah penyusunan semula sains bahan, yang membawa kepada "industri nanotek yang dibina hanya berasaskan penjualan tiub nano, wayar nano dan yang sepertinya" yang akan "berakhir dengan beberapa pembekal menjual barangan sampingan dengan jumlah yang banyak." Bahan yang bertambah secara nanoteknologi akan mengurangkan berat dan diikuti dengan bertambahnya kestabilan dan kegunaan. Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian: risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain) risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri. 

No comments:

Post a Comment